Sebagaimana yang banyak dikatakan orang. Cinta itu Suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta. Ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Cinta adalah ibarat bunga, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur.
Cinta itu mempunyai deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta.
Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih tenang, tertekan, ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan pergi menemui mati.
Cinta dapat mengubah pahit jadi manis, debu jadi emas, sakit jadi sembuh, derita jadi bahagia.
Cinta itu seperti seekor kupu-kupu yang indah dan tidak mungkin dapat disentuh, tapi keindahannya dapat dirasai.
Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya,
walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat
tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
kerana Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati kepada seseorang,
kita perlu usaha mencarinya.
No comments:
Post a Comment